Wednesday 13 November 2013

Danish ajak makan buah

Posted by Unknown  |  at  23:00 No comments

Danish ajak makan buah

Sabak Bernam: Budak lelaki berusia empat tahun yang ditemui lemas bersama adiknya berusia tiga tahun di tali air berhampiran rumah mereka di Kampung Parit 2, Banat, di sini, kelmarin sempat menghantar hidangan terakhir kepada datuknya yang bekerja di sawah terletak 100 meter dari rumah mereka.
Danish Fauzan Zulkifli sebelum ini tidak pernah berbuat demikian, malah sempat bermanja dengan ibu saudaranya, Zarina Abdul Samad, 26, apabila mengutip dan mengajak wanita itu makan mangga bersama. 
Bagaimanapun, adiknya Lisa Qaisara Syahindah Zulkifli tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum kejadian. 

Zarina berkata, kedua-dua anak saudaranya itu rapat dengannya berbanding lima beradik lain dan mereka sekeluarga.
Foto
MIMI menunjukkan tali air tempat adiknya Lisa dan Danish ditemui lemas.

“Kejadian itu (mengajak makan) berlaku Sabtu lalu memang sikap Danish sedikit ganjil dan tidak seperti kebiasaannya dia menjadi manja dan saya agak terkilan kerana tidak memenuhi permintaannya makan buah bersama.

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top