Wednesday 30 October 2013

‘Tolong...Aku dah tak larat’

Posted by Unknown  |  at  21:00 No comments

‘Tolong...Aku dah tak larat’

Tanjong Karang: “Tolong...Aku dah tak larat!!!,” itu jeritan terakhir seorang remaja, Mohd Ijjuddin Sanusi, 15, sebelum tenggelam ketika sedang berenang bersama lima rakannya di Sungai Tengi, Kampung Ampangan, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa yang difahamkan baru pandai berenang serta mengalami kecederaan otot selepas bermain bola sepak sehari sebelum kejadian dipercayai mengalami kekejangan ketika mahu menyeberangi sungai selebar 30 meter berkenaan sebelum cuba diselamatkan rakannya. 
Seorang daripada rakan mangsa yang juga saksi kejadian, Mohd Riduan Abd Hamid, 17, berkata, kejadian itu kali pertama Ijjuddin berani berenang menyeberangi sungai berkenaan walaupun sudah beberapa kali diajak berbuat demikian sebelum ini. 

“Sebelum ini, dia hanya berani berenang di tepi saja.
Foto
ANGGOTA bomba dan penduduk kampung mencari Mohd Ijjuddin (gambar kecil).

“Ketika kejadian, kami berusaha menyelamatkannya, namun gagal sebelum dia tenggelam dan hilang daripada pandangan kami,” katanya semalam

Tags:

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top