Tuesday 22 October 2013

Terkejut masih hidup

Posted by Unknown  |  at  17:52 No comments

Terkejut masih hidup


Georgetown: “Ketika itu, saya berasakan peluang untuk hidup hanyalah 50-50,” kata Mohd Akhmar Mat Zin, 19, mangsa bot karam yang dipukul ombak di Kuala Muda selepas ditemui selamat di Pantai Keramat, Tanjong Tokong, di sini, semalam.
Mohd Akhmar yang masih lemah selepas dihanyutkan hampir 24 jam ditemui di Hospital Pulau Pinang (HPP) hanya mampu mengucapkan syukur selepas terselamat dalam kejadian itu. 
Ketika ramai menyangka peluang untuknya hidup tipis, remaja terbabit membuktikan sebaliknya apabila dia yang bersemangat kental dengan hanya berbekalkan pelampung mengharungi laut walaupun dikatakan tidak pandai berenang. 

Ternyata semangatnya untuk hidup membuatkan remaja terbabit sanggup bertahan dalam kesejukan malam dan langsung tidak melelapkan mata sebelum ditemui dalam keadaan lemah oleh nelayan jam 9 pagi.
Foto
HASMAN (kanan) melawat Mohd Akhmar di HPP, semalam.

Abang mangsa, Hasman Mat Zain, 38, berkata, mereka sekeluarga bersyukur kerana adik bongsunya itu ditemui masih hidup dan menganggap ia sebagai satu kurniaan Allah.

Tags:

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top