Tuesday 29 October 2013

Tauke emas cedera ditembak

Posted by Unknown  |  at  16:09 No comments

Tauke emas cedera ditembak
KOTA BHARU: Seorang peniaga emas yang sedang memandu kereta Mercedes Benz dalam perjalanan pulang ke rumahnya di di Kampung Sering di sini, malam tadi nyaris terbunuh selepas ditembak seorang pembonceng motosikal.
Dalam kejadian kira-kira 100 meter dari kediamannya, Lokman Zakaria, 49, cedera di belakang bahu kanan dan lengan kiri selepas terkena dua daripada empat das tembakan dilepaskan lelaki itu, kira-kira 7.40 malam.Lokman yang cedera ditembak oleh seorang daripada dua lelaki yang menaiki motosikal jenis Yamaha LC berwarna gelap itu, gagal mengawal kenderaannya menyebabkan terbabas dan melanggar pokok.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian oleh penduduk kampung untuk rawatan kecederaannya.
Foto

Menurutnya, mangsa dilaporkan stabil selepas diberikan rawatan.
Beliau berkata, motif kejadian masih disiasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.


Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top