Wednesday 23 October 2013

‘Ombak’ sapu Lembah Bertam

Posted by Unknown  |  at  17:30 No comments

‘Ombak’ sapu Lembah Bertam


Cameron Highlands: “Keadaan ibarat tsunami apabila kawasan kampung ditenggelami lumpur dan saya lihat puluhan kereta hanyut,” kata Shaifa Jamil, 19, penduduk di Lembah Bertam, di sini, yang terbabit dalam kejadian banjir lumpur, menyebabkan tiga terbunuh dan seorang hilang, semalam.
Shaifa yang ditemui di pusat perlindungan sementara di Dewan Orang Ramai Ringlet, di sini, berkata dia juga melihat kayu balak dan ‘ombak’ Sungai Bertam merempuh kediamannya sejurus siren kecemasan dibunyikan.
“Suasana ketika itu cukup cemas apabila penduduk kelam-kabut melarikan diri. Ada yang menangis dan ada yang duduk di tebing sungai dalam keadaan sehelai sepinggang,” katanya.

Menurutnya, kejadian berlaku jam 1.15 pagi ketika dia dan ibunya tidur di rumah sebelum terjaga apabila terdengar bunyi siren amaran kecemasan dan pengumuman arahan agar penduduk meninggalkan rumah.
Foto
KEADAAN kawasan Bertam Valley selepas dilanda banjir mengakibatkan pekerja warga asing terbunuh manakala beberapa lagi dipercayai masih hilang.

“Bagaimanapun, belum sempat kami melarikan diri, air dari sungai sudah melimpah masuk dalam rumah. Mujur membantu mengeluarkan kami dari dalam rumah,” katanya yang masih dalam keadaan terkejut.

Tags:

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top