Wednesday 30 October 2013

Minyak ‘kanser’

Posted by Unknown  |  at  02:00 No comments

Minyak ‘kanser’

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengesan lebih 90 peratus restoran dan premis makanan di Malaysia menggunakan minyak masak paket dikitar semula di dalam masakan yang boleh mengundang pelbagai penyakit termasuk kanser.
Ia bukan saja memberi kesan kepada kesihatan seseorang, malah aktiviti kutipan minyak terpakai di merata tempat di negara ini memberikan keuntungan kepada pihak ketiga dengan nilai mencecah jutaan ringgit. 
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya dimaklumkan terdapat pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab menggunakan lesen dikeluarkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk mengutip minyak dengan harga tertentu di kedai dan premis menjual makanan sebelum menjualnya kepada industri. 

“Malangnya minyak yang sepatutnya disalurkan kepada industri biodiesel ini dikitar semula dan dijual di pasaran dengan harga jauh lebih rendah.
Foto
NADZIM (kiri) bersama Ja’afar menunjukkan demonstrasi perbezaan antara minyak tulen dan terpakai.

“Sudah tentu ia mendapat sambutan kerana harga yang murah.

Tags:

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top