Friday 18 October 2013

Kena ‘pancing’ lagi

Posted by Unknown  |  at  13:30 No comments

Kena ‘pancing’ lagi


Kelana Jaya: Keberanian pemain muda Wan Zack Haikal Wan Noor dan Nazirul Naim Che Hashim menyahut cabaran menyertai kelab FC Ryukyu awal tahun ini nyata membuka peluang untuk pemain muda lain apabila kelab Liga Divisyen Tiga Jepun itu berminat untuk memancing dua lagi pemain Harimau Muda.
Biarpun masih belum mahu mendedahkan identiti dua pemain yang menjadi perhatian kelab yang berpangkalan di Okinawa itu, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin mengesahkan mereka sudah mengadakan perbincangan dengan Naib Presiden FC Ryukyu, Sotaro Shinoda dan jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee.
“Kelab FC Ryukyu menyatakan minat untuk menawarkan kontrak kepada dua pemain dari Harimau Muda A dan Harimau Muda B untuk dibawa ke Jepun. Jika semuanya berjalan lancar, kita (FAM) akan umumkan perkara ini nanti apabila tiba masa yang sesuai,” katanya pada sidang akhbar Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100 Plus, Astro Arena dan FAM di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Sebelum ini FC Rykuyu mengikat kontrak dua pemain Harimau Muda A Wan Zack Haikal, 22, selama dua tahun dan Nazirul, 19, (setahun) pada Mac lalu.
Foto
WAN Zack (dua dari kanan) berlatih bersama rakan sepasukan FC Ryukyu.

Bagaimanapun pemain sayap Wan Zack Haikal kini sudah pulang ke tanah air untuk menerima rawatan selepas mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) di bahagian lutut kanan pada sesi latihan awal bulan ini.

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top