Thursday 17 October 2013

Bajet 2014 Bonus Dua Bulan, Elaun Sara Hidup (Cola) RM300 & Pinjaman Perumahan 1%!

Posted by Unknown  |  at  14:28 No comments


Bajet 2014 bonus
Bajet 2014 Malaysia akan berlangsung tidak lama  lagi iaitu pada 25 Oktober 2013. Seperti biasa, Cuepacs yang membawa suara & tuntutan 1.4 juta kakitangan telah menuntut daripada kerajaan Malaysia supaya menunaikan segala permintaan kakitangan awam Malaysia. Antara lain intipatinya ialah :

Bajet 2014 : Bonus 2 Bulan, Elaun COLA RM300, Pinjaman Perumahan 1%

  1. Bonus 2 bulan kakitangan awam sempena pembentangan Bajet 2014 Malaysia. Alasan Cuepacs : Kenaikan kos sara hidup kakitangan awam apatah lagi selepas harga petrol naik  baru-baru ini.
  2. Elaun sara hidup RM300 untuk kakitangan kerajaan diselaraskan antara kawasan bandar dan luar bandar. Alasan Cuepacs : Juga alasan yang sama. Kenaikan harga barang dan kos sara hidup di Malaysia yang mana kakitangan awam ramai yang terasa bebanannya. Apatah lagi, kos sara hidup di semua kawasan tidak banyak berbeza.
  3. Imbuhan tetap perumahan naik mengikut gred. Alasan Cuepacs : Setelah 15 tahun, Imbuhan tetap perumahan masih diberikan pada kadar yang sama. Sedangkan ramai penjawat awam yang terdiri daripada golongan rendah dan sederhana yang tidak mampu memiliki rumah sendiri berikutan harga rumah semakin melonjak tinggi sekarang ini. (contohnya perbandingan harga rumah VS gaji : DI SINI)
  4. Kadar faedah pinjaman perumahan kakitangan awam turun 1% berbanding 4% sekarang ini. Alasan Cuepacs : Kenaikan harga rumah yang semakin tidak munasabah & membebankan kakitangan awam.

Apa respon balas 1.4 juta kakitangan awam dengan cadangan yang lebih konkrit daripada Cuepacs menjelang pembentangan Bajet 2014 Malaysia pada 25 Oktober 2013 ini? Ada cadangan lain daripada anda selain Bajet 2014 bonus, elaun COLA?

Tags:

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top