Wednesday 4 September 2013

Rezeki Faizal

Posted by Unknown  |  at  23:28 No comments

Rezeki Faizal

Oleh Saiful Affendy Sapran
Kuala Lumpur: Rasa kecewa dengan prestasinya sendiri pada saingan Piala Asia lalu mendorong penyerang skuad hoki negara, Faizal Saari untuk menebus kekecewaan itu dengan cuba mempamer aksi cemerlang pada penampilan pertama di Liga Hoki Jerman bulan ini.

Penyerang prolifik skuad negara itu menerima tawaran untuk beraksi di liga paling kompetitif dunia itu bersama pasukan Berlin Hockey Club selama hampir tiga bulan.


Selain Faizal, pakar pukulan sudut penalti negara, Muhammad Razie Abd Rahim juga menerima tawaran sama tetapi menolaknya kerana urusan peribadi.

“Saya tak pasti mengenai status kelab yang akan saya sertai tapi ini peluang terbaik untuk saya mencipta karier lebih baik di luar negara.
FotoFAIZAL (kanan) meraikan kejayaan menjaringkan gol pada Piala Asia.

“Peluang ini tak akan saya sia-siakan sebab banyak pengalaman berharga pasti akan saya lalui nanti.

 

Tags: ,

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top