Tuesday 3 September 2013

Ozil pecah rekod perpindahan kelab

Posted by Unknown  |  at  22:11 No comments

Ozil pecah rekod perpindahan kelab

London: Arsenal memecahkan rekod kelab apabila berjaya menyambar pemain tengah Jerman Mesut Ozil dari Real Madrid, awal pagi semalam sementara Manchester United melakukan keputusan saat akhir membawa masuk Marouane Fellaini dari Everton.

Ketika pintu perpindahan hampir ditutup, Arsenal mencuri tumpuan apabila berjaya menandatangani Ozil dengan nilai perpindahan £42.4 juta (RM217 juta).

Perpindahan itu hadir sebaik Gareth Bale diperkenalkan sebagai pemain Real selepas meninggalkan seteru utama Arsenal, Tottenham Hotspur dengan nilai perpindahan £80 juta (RM409 juta) sekali gus menyaksikan Ozil meninggalkan kelab.

Arsenal berkata, Ozil menandatangani kontrak lima tahun selepas menjalani pemeriksaan perubatan di Munich.
FotoOZIL lengkapkan perpindahan dari Madrid ke London.

“Kami amat gembira kerana berjaya mendapatkan Ozil,” kata pengurus Arsenal, Arsene Wenger yang didesak penyokong kelab itu supaya berbelanja besar mengambil pemain berstatus bintang.

Ozil dalam laman web Arsenal pula berkata: “Saya amat teruja dapat menyertai Arsenal dan tidak sabar untuk beraksi pada saingan Liga Perdana Inggeris.”

Arsenal yang tidak pernah membelanjakan lebih £15 juta (RM76.7 juta) untuk membeli pemain turut mengumumkan berjaya mendapatkan penjaga gol antarabangsa Itali berusia 27 tahun, Emiliano Viviano dari Palermo menerusi pinjaman semusim.

Sementara itu, selepas melalui minggu mengecewakan, pengurus United David Moyes berjaya mendapatkan Fellaini yang juga pemain tengah Belgium dari Everton dengan nilai perpindahan £27.5 juta (RM140 juta).

“Dia berbakat besar dan saya rasa dia akan membawa perubahan dalam skuad ini,” kata Moyes.

Fellaini berkata, dia teruja dengan perpindahan itu selain berpeluang meneruskan hubungan baik dengan Moyes yang juga bekas pengurus Everton. - AFP

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top