Wednesday 4 September 2013

NGO buat laporan polis

Posted by Unknown  |  at  23:31 1 comment

NGO buat laporan polis

Oleh Mohd Fadly Samsudin
Kuala Lumpur: Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semalam membuat laporan polis terhadap individu yang dikatakan membakar Jalur Gemilang yang dimuat naik menerusi laman Facebook, baru-baru ini.

Laporan dibuat jam 10.30 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wang Wangi di sini, oleh wakil dari Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) dan Ikatan Perpaduan Melayu Gombak (IPMG) selepas melihat gambar berkenaan tersebar luas di laman sosial.

Presiden MJMM Abdul Rani Kulup Abdullah berkata, laporan itu dibuat bagi menggesa pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) segera mengambil tindakan terhadap perbuatan individu berkenaan.

 

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

1 comment:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top