Wednesday, 18 September 2013

Drama Cinta Jannah Episode 21

Posted by Al Hafiz  |  at  16:39 No comments

Drama Cinta Jannah Episode 21

antara barisan pelakon Drama Cinta Jannah adalah Nelydia Senrose (Nur Jannah), Aeril Zafrel (Izaryl), Ramona Zam Zam (Damia), Reen Rahim (Balqis), Dian P.Ramlee (Tengku Zareena) dan Saharuddin Thamby (Abdullah),Ezany Nizariff (Suffian),Fadzillah Mansor dan Kartina Aziz.

Sinopsis Drama Cinta Jannah

Ia berkisarkan tentang kehidupan seorang wanita bernama Nur Jannah (Nelydia Senrose) melarikan diri dari rumah setelah dipaksa oleh keluarganya untuk mengahwini Suffian sebagai isteri kedua. Bapanya, Abdullah ingin menebus balik tanah kebun yang digadai oleh adiknya, Razak kepada Suffian selepas kalah judi.

Duit tersebut juga dapat digunakan untuk mengadakan kenduri nikah untuk anak sulungnya, Balqis (Reen Rahim). Jannah dibenci oleh bapanya sendiri sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka ibunya.

Setibanya Jannah di Kuala Lumpur, Jannah menjadi keliru kerana tiada hala tuju. Tatkala memikirkan apa yang bakal dilakukan, beg tangannya telah diragut dan Jannah jatuh, terhentak kepalanya dan jatuh pengsan.

Secara kebetulan, Izaryl (Aeril Zafrel) lalu di situ lalu membantu Jannah yang pengsan. Pada masa yang sama, Izaryl berada dalam dilema kerana dia terpaksa mencari seorang isteri dalam masa 3 bulan bagi mengelakkan dirinya mengahwini Damia (Ramona Zam Zam), pilihan ibu Izaryl sendiri.

Dalam keterpaksaan, Izaryl membohongi Jannah dengan mengatakan bahawa dia telah memperkosa Jannah semasa dia pengsan. Justeru, mereka terpaksa berkahwin. Apabila mengetahui tentang perkahwinan itu, ibu Izaryl, Tengku Zareena (Dian P. Ramlee), berasa amat marah.

Tengku Zareena telah  merancang untuk memisahkan mereka berdua dengan berpakat bersama Damia untuk menggoda Izaryl dalam harapan untuk menghancurkan rumahtangga Izaryl dan Jannah.  Apakah kebenaran akan terbongkar antara punca perkahwinan Izaryl dan Jannah? Dapatkah Tengku Zareena memisahkan mereka berdua? Bagaimana pula dengan takdir yang tertulis untuk Izaryl dan Jannah? Pastikah cinta bakal berputik antara mereka berdua?

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top