Antara barisan pelakon Drama Cinta Jannah adalah Nelydia Senrose (Nur Jannah), Aeril Zafrel (Izaryl), Ramona Zam Zam (Damia), Reen Rahim (Balqis), Dian P.Ramlee (Tengku Zareena) dan Saharuddin Thamby (Abdullah),Ezany Nizariff (Suffian),Fadzillah Mansor dan Kartina Aziz.
Ia berkisarkan tentang kehidupan seorang wanita bernama Nur Jannah
(Nelydia Senrose) melarikan diri dari rumah setelah dipaksa oleh
keluarganya untuk mengahwini Suffian sebagai isteri kedua. Bapanya,
Abdullah ingin menebus balik tanah kebun yang digadai oleh adiknya,
Razak kepada Suffian selepas kalah judi.
Duit tersebut juga dapat digunakan untuk mengadakan kenduri nikah untuk
anak sulungnya, Balqis (Reen Rahim). Jannah dibenci oleh bapanya sendiri
sebab beliau begitu inginkan anak lelaki untuk mendapatkan harta pusaka
ibunya.
Setibanya Jannah di Kuala Lumpur, Jannah menjadi keliru kerana tiada
hala tuju. Tatkala memikirkan apa yang bakal dilakukan, beg tangannya
telah diragut dan Jannah jatuh, terhentak kepalanya dan jatuh pengsan.
Secara kebetulan, Izaryl (Aeril Zafrel) lalu di situ lalu membantu
Jannah yang pengsan. Pada masa yang sama, Izaryl berada dalam dilema
kerana dia terpaksa mencari seorang isteri dalam masa 3 bulan bagi
mengelakkan dirinya mengahwini Damia (Ramona Zam Zam), pilihan ibu
Izaryl sendiri.
Dalam keterpaksaan, Izaryl membohongi Jannah dengan mengatakan bahawa
dia telah memperkosa Jannah semasa dia pengsan. Justeru, mereka terpaksa
berkahwin. Apabila mengetahui tentang perkahwinan itu, ibu Izaryl,
Tengku Zareena (Dian P. Ramlee), berasa amat marah.
Tengku Zareena telah merancang untuk memisahkan mereka berdua dengan
berpakat bersama Damia untuk menggoda Izaryl dalam harapan untuk
menghancurkan rumahtangga Izaryl dan Jannah. Apakah kebenaran akan
terbongkar antara punca perkahwinan Izaryl dan Jannah? Dapatkah Tengku
Zareena memisahkan mereka berdua? Bagaimana pula dengan takdir yang
tertulis untuk Izaryl dan Jannah? Pastikah cinta bakal berputik antara
mereka berdua?
0 comments: