Monday 2 September 2013

Alpa Punca Pahang Tewas

Posted by Unknown  |  at  02:05 No comments

Kealpaan pemain punca Pahang tewas:

Kuantan: Jurulatih Pahang Dollah Salleh mengaku kealpaan pemain menyebabkan skuad kendaliannya tewas 1-2 kepada Terengganu di Stadium Sultan Ismail Nashiruddin Shah, kelmarin.

Menurutnya kesempatan itu diambil pasukan lawan untuk memembawa pulang tiga mata berharga yang kini menyaksikan semua pasukan berpeluang layak ke suku akhir.

“Kita bermain baik dan banyak melakukan serangan tapi kegagalan menjaringkan gol menyebabkan misi kemenangan gagal.

“Sebaliknya, Terengganu yang terlebih dulu menjaringkan gol bijak memanfaatkan peluang terutama pada minit terakhir untuk memungut tiga matapenuh.

“Apapun saya tetap memuji aksi pemain yang mempersembahkan prestasi terbaik sekalipun gagal mengutip mata,” katanya.

Pada perlawanan itu, Mohd Khairul Ramadhan meranapkan impian Pahang dengan gol kemenangan Terengganu pada minit akhir perlawanan.

Pahang kini menghuni tangga kedua Kumpulan C dengan lima mata manakala Negeri Sembilan yang menewaskan Kelantan 3-2 mengungguli kumpulan dengan tujuh mata.

Dengan baki dua perlawanan, Pahang perlu mencatat kemenangan jika mahu melangkah ke suku akhir piala berprestij itu.

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top