Monday, 26 January 2015

Rozana Minta Awie Segera Bertaubat!!

Posted by Unknown  |  at  16:44 No comments



Sejak berjaya mendapatkan hak jagaan ke atas ketiga-tiga anaknya bersama penyanyi Rock, Awie iaitu Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha, Rozana Misbun nampaknya sudah mula punya kekuatan untuk bersuara demi haknya sebagai seorang ibu.
Buktinya, kenyataan yang dikeluarkan Awie kepada akhbar Sinar Harian semalam yang memintanya supaya memulangkan semula apa yang telah diamanahkan kepadanya demi kebajikan anak-anak, membuatkan adik kepada aktres Haliza Misbun ini berasa sedikit berang.
Jelas Rozana Misbun, apa lagi yang Awie ingin timbulkan sedangkan pihak mahkamah telah pun membuat keputusan bahawa hak penjagaan sepenuhnya telah diberikan ke atasnya. Apa lagi yang Awie tidak puas hati?
Rozana juga turut mempersoalkan beberapa perkara yang telah ditimbulkan oleh Awie.

Berikut merupakan sebahagian kata-kata Rozana:
ROZANA: Alhamdulillah, terima kasih kerana mengambil berat.Tapi sebelum nak suruh orang lain bertaubat, eloklah Awie bermuhasabah dirinya dulu. Janganlah asyik mendabik dada dengan rezeki yang melimpah ruah sebab mungkin itu 'Istidraj' dari Allah!
ROZANA: Saya tahu kenyataan bahawa hak penjagaan anak-anak yang kini tidak lagi dimonopoli olehnya seorang tetapi secara bersama dengan saya, pahit untuk dia telan. Tetapi Awie harus belajar untuk menerima kekalahan dan ketepikan egonya yang sebesar gajah itu! Setelah injunksi terbatal. saya berhak untuk membawa anak-anak keluar, mahupun bermalam dengan saya pada bila-bila masa.
Sekiranya ada halangan lagi dari dia selepas ini, saya akan bawa ketidakadilan ini ke muka pengadilan. Saya sudah terlalu lama bersabar dengan Awie dan tak rela lagi dibuli! Apa yang saya mahu sekarang ini supaya dia berhenti mendedahkan di media tentang pergolakan antara kami kerana saya yakin orang ramai pun dah naik muak! Buatlah apa yang patut. Sahkan dulu pernikahan kami di Malaysia dengan segera mengikut undang-undang. 
Dan kalau betul mahukan sangat hak penjagaan kekal anak-anak, mohonlah penceraian selepas itu melalui Makamah Syariah dan kemudian barulah permohonan hadhanah kekal dapat kita bersama-sama failkan. Saya pun dah bersedia untuk berjuang ke arah itu, Insyaallah. Dan saya mohon pada Awie, tolong hentikan tohmahan terhadap saya! Kalau benar dia sayangkan Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha, dia tidak akan sama sekali mengaibkan ibu mereka ini yang telah bertarung nyawa demi untuk melahirkan mereka, zuriat dari benihnya sendiri.

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top