Tuesday, 23 December 2014

MLM 2014: Ropie Terkilan Dengan Komen Fazura

Posted by Unknown  |  at  19:10 No comments




Pelawak daripada kumpulan Comey, Ropie akui kecewa dan terkilan dengan komen yang diberikan oleh juri tetap kali ini iaitu Fazura.
Komen yang diberikan oleh Fazura nyata bercanggah dengan pendiriannya dan persembahannya itu bukanlah ‘tangkap muat’.
“Kami dan cuba sedaya upaya kami dengan mengunakan lagu baru adalah usaha kami untuk nampak kelainan, dengan memberikan 2 bintang sebenarnya memang mengugat kedudukan kami.
“Nyata ia benar pemberian bintang oleh juri telah membuatkan kami tersingikir minggu lalu dan saya rasa peminat Comey faham dengan mesej yang kami ingin sampai,” kata Ropie.
Menurutnya komen-komen di laman Facebook dan Twitter membuatkan dirinya ingin menangis dan menganggap perjuangan Comey telah terhenti minggu lalu.
“Walaupun ramai yang kecewa termasuk diri saya, tetapi keputusan telah dibuat, saya harap penonton-penonton MLM teruskan menyokong kumpulan lawak yang anda gemari, undilah dengan bijak,” ujarnya.
Ropie juga berharap untuk edisi MLM tahun hadapan, Comey akan kembali dengan lawak-lawak yang melucukan dan membuat persembahan dengan lebih jitu.

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top