Thursday 15 May 2014

Miranda episod 14

Posted by Unknown  |  at  05:46 No comments

Miranda episod 14





Sinopsis Miranda TV3. Drama bersiri 15 episod ini bermula apabila Miranda (Fasha Sandha) melarikan diri ke Kuala Lumpur setelah memutuskan pertunangan dengan Izwan (Hafizul Kamal) iaitu pemuda pilihan ibu tirinya, Salimah (Nor Albaniah). Izwan cuba memperkosa Miranda tetapi Salimah tidak percaya dan menganggap Miranda cuba memfitnah Izwan. Miranda tidak tahan dengan sikap Izwan yang semakin ligat mahu mengambil kesempatan ke atas dirinya lalu Miranda melarikan diri ke rumah bapa saudaranya Datuk Shukri (Datuk Eizlan Yusof) untuk menumpang buat sektika.

Sementara itu, anak lelaki Datuk Shukri, Ammar (Dazrin Kamaruddin) baru pulang dari luar negara. Ammar akan dijodohkan dengan Sheena (Andrea Abdullah) namun Ammar lebih sukakan Miranda. Keengganan Ammar mengahwini Sheena membuatkan Datuk Shukri merancang untuk menyatukan Ammar dengan Miranda. Miranda tidak menolak permintaan bapa saudaranya kerana dia sendiri ingin melepaskan diri dari Izwan.

Sementara itu, ayah Sheena iaitu Datuk Salleh (Roy Azman) yang tidak berpuas hati dengan tindakan Datuk Shukri kerana tidak menyatukan Sheena dengan Ammar telah menghantar Fezrul untuk membuat kacau dalam syarikat Datuk Shukri.Fezrul (Fauzi Nawawi)turut membuat perasaan Miranda beralir arah kepadanya apabila dia menggunakan ilmu sihir untuk memisahkan Ammar dan Miranda. Kemesraan di antara Miranda dan Fezrul membuatkan Ammar cemburu.Sheena mengambil peluang itu untuk mendekati Ammar.

Salimah pula masih tidak berputus asa untuk menjodohkan Miranda dengan Izwan. Sehingga dia sanggup menguggut Datuk Shukri untuk membocorkan rahsia kononnya Miranda adalah anak kandungnya bersama isteri kedua. Adakah Miranda dan Ammar adik beradik kandung atau Salimah sengaja menabur fitnah demi kepentingan dirinya? Masih adakah peluang kedua buat Miranda dan Ammar untuk bersama? Atau mereka berdua membuat keputusan untuk tetap berpisah?

Miranda dilakonan oleh Fasha Sandha (Miranda), Dazrin Kamarudin (Ammar), Datuk Eizlan Yusof (Datuk Shukri), Zila Bakari (Datin Rina), Roy Azman (Datuk Salleh) dan Fauzi Nawawi (Fezrul) ini. Drama terbitan Enuja Production ini diarahkan oleh Along Kamaruddin manakala skripnya pula ditulis oleh Sharifah Abu Salem.

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top