Monday, 19 January 2015

5 Gambar Selebriti Hantar Anak ke Sekolah Pada Hari Pertama. Anda Pasti Suka Yang Ke-4!

Posted by Unknown  |  at  06:24 No comments

Seronok lihat pelbagai gelagat anak-anak ke sekolah. Ada yang menangis dan ada juga yang teruja habis nak ke sekolah dengan beg baru.
Seperti biasa, bagi anak –anak yang pertama ke sekolah rendah atau pra sekolah, ibu bapa pasti akan menghantar dan menemani untuk mereka membiasakan diri.
Selebriti pun tidak ketinggalan mengambil kesempatan menghantar anak mereka ke sekolah pada hari pertama sekolah semalam.
Antaranya adalah Eizlan Yusof yang menghantar anak sulungnya Zaara. Wah baguslah walaupun dia dan isteri sudah bercerai, tanggungjawabnya terhadap anak-anak tetap tidak dilepaskan.
 
Selain itu, pelakon Nabila Huda pun kelihatan di Instagram turut memuat naik foto anaknya, Keisha dengan pakaian sekolah pra sekolah. Comel je Keisha!
 
Seperti ibu-ibu kandung lain, Misha Omar juga lalui rutin yang sama untuk anak angkatnya. Tahun ini merupakan tahun pertama anaknya itu disekolahkan di sekolah kebangsaan kerana sebelum ini dia hanya menghantar anaknya itu ke sekolah swasta.
 
Tidak ketinggalan Yatt Hamzah juga turut bekongsi foto menghantar anaknya yang seperti baru memasuki pra sekolah juga.
Sementara itu, penyanyi Ismaliza AF7 juga turut berkongsi foto menghantar anak kecilnya yang pertama kali memasuki sekolah darjah 1 di sekolah kebangsaan.
 
Seronok lihat gelagat anak dan ibu bapa selebriti ini menghantar anak ke sekolah

Share This Post

About the Author

berkongsi pelbagai cerita menarik melalui medium blogspot

Dapatkan Berita Terkini Melalui Email

Hanya Masukkan Email Anda Di Sini.

Related posts

0 comments:

© 2014 Murai dot coms. Like FB Murai Dot Coms Edited from Bloggertheme9
Blogger templates. Proudly Powered by Blogger.
back to top