Berikut adalah kenyataan balas Ismail Maembong sejurus selepas sebuah portal hiburan tempatan memuatnaik artikel Chacha Maembong semalam:
"nampaknya tak sudah penulis upahan hendak rosakkan Maembong tua ni. Terbaru murai.com.my menemubual Chacha menafikan kata2 Maembong ori ini. Ok lah, sy bagi kemenangan pada mu. Anak yg lukai bapa, bersekongkol dgn najis yg hendak malukan bapa pd umum, adalah ANAK DERHAKA. Ni Maembong ori takkan sujud pd apapun tekanan, hanya padaNya. Jika betul Chacha menikam ayahnya dari belakang, MAKA SAYA TIDAK ADA ANAK BERNAMA AISHAH @ CHACHA. Nasi sudah jadi bubur, jgn tambah air lagi. Penulis upahan ini beragama monyet.
Mereka tidak dihalau, tetapi bapa mana mahu izinkan anak gadisnya tinggal bersama abang ipar !!! Pastinya bapa Miss J.
Bapa sentiasa runsing soal keselamatan anak2. Sy kurang senang mereka duduk diCondo tinggi atas Highland Towers yg runtuh 1993. Semua boleh pergi lihat rumah2 kawasan itu, byk sudah ditinggalkan.
Soalnya, apa salahnya beritahu ayah sebelum sesuatu tindakan diambil. Skrg penulis upahan jd kaya raya kerana kita nak tegakkan benang basah dalam keluarga sendiri.
Nampaknya saya yg bersalah dalam soal ini, tidak mendidik anak cara terbaik.
Sekali lagi diulang, andai ada anak bersubahat dgn orang luar hendak aibkan ayah ini, MAKA ANAK ITU BUKAN ANAK SAYA. Selama ini pun tinggal seorang, hanya tunggu dijemputNya biarlah keseorangan.
Syabas Miss J. Kau Berjaya runtuhkan keluargaki".
admin: andai ada salah dan silap, harap dimaafi.
0 comments: