Lantik kelompok pendamai lerai konflik
SHAH ALAM - Kerajaan harus mengambil langkah melantik 'orang tengah' yang bertindak sebagai kelompok pendamai bagi menangani krisis politik yang bergolak di Terengganu.
Menurut Ketua Kluster Majlis Perpaduan Nasional (MPN), Prof Dr Mansor Mohd Noor, dengan adanya campur tangan daripada kelompok pendamai tersebut, sebarang kata putus dan jalan penyelesaian dapat dicapai secara telus dan adil kepada kedua-dua buah parti.
"Kelompok pendamai harus disertai oleh tiga komponen kepimpinan dan pentadbiran iaitu veteran politik dari parti Umno dan Pas, pegawai-pegawai tertinggi kerajaan dan juga veteran dari KSU dan KSN.
"Golongan ini mempunyai pengalaman yang cukup matang dan panjang untuk membuat keputusan dengan seimbang untuk kedua belah pihak, dan dengan bantuan mereka, kerajaan boleh menangani krisis yang sedia ada termasuklah pembubaran Dun dan pengisytiharan pilihan raya negeri yang mungkin akan berlaku," katanya kepada Sinar Harian Online.
Menurutnya lagi, jika pilihan raya tetap berlangsung, Umno mungkin akan meraih kemenangan tipis walaupun tanpa pengaruh dari kepimpinan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.
Namun segalanya akan bergantung terhadap pencapaian dan kemajuan semasa yang dijanjikan oleh pimpinan BN Terengganu semasa PRU13 yang lalu.
"Ia merupakan salah satu faktor penentu, kita harus lihat sejauh mana BN Terengganu kotakan janjinya kepada rakyat, jika janji-janji ditepati, peluang untuk menang lebih cerah.
"BN perlu gantikan struktur pentadbirannya dengan pucuk pimpinan muda yang mampu meremajakan perjuangan Umno serta menangkis permasalahan rakyat dengan lebih tangkas dan berkesan, barulah parti tidak mudah goyah untuk menghadapi sebarang pilihan raya," katanya lagi.
Mengulas soal peletakan jawatan Ahmad yang dikatakan berbaur unsur peribadi, Mansor menyifatkan bekas Menteri Besar Terengganu itu tidak memperjuangkan asas kepimpinan Umno dengan bersungguh sungguh.
"Seorang pemimpin politik yang betul-betul memperjuangkan asas perjuangan bangsa, agama dan tanah air tidak akan mudah mengalah begitu sahaja, jika nilai tersebut masih ada dalam sesebuah perjuangan, pasti dia tidak akan meninggalkan rakyat dan sekutunya begitu sahaja," tambahnya.
Jelasnya lagi, tindakan Ahmad yang mengundurkan diri serta melepaskan jawatannya bukan sahaja menjejaskan kedudukannya malah turut meruntuhkan kepimpinan Umno di Terengganu.

About the Author
0 comments: